Salam dan morning guys,
Alhamdulillah syukur diberi kesempatan untuk sharing sikit kisah mlm semalam.
Mana yang baik bole ambil, yang tak baik kita sama2 belajar.
Experienced pertama kali berjumpa dgn client yang nak kita present segala mcm produk yang DAG ada. Sebenarnya dia dah jumpa kami lama dah, masa awal2 kami cbs dulu. Rasa bln november 2018.
Lepas tu 2 week before ni si suami terjumpa lagi ngn husband nyza tgh cbs mlm mlm.
Kali ni dia bawa wife dia sekali, so dia tinggalkan no hp minta nyza contact.
Wow seorang Doctor, si wife ni. Husband nyza bg no dia minta contact sebab customer nak beli banyak bantal bulu itik katanya. Dan nak awal bln April.
Dek kerana kalut apa ntah nak cuti sekolah dan balik kampung dgn ayah sakit warded semua, nyza lupa contact Doctor ni.
So 30hb Mac, nyza beranikan diri wasap doc..walaupun agak lambat.
Alhamdulillah positif doc respond wasap nyza dengan baiknya.
Lalu nyza pun ceritalah mengenai bantal bulu itik keluaran DAG ni mcm mana apa semua.
Dia setuju nak tengok sample, sekali towel putih dan bedding set hotel.
So pendek cite, nyza pun da dapatkan semua sample dia nak dan set nak gi umah dia Selasa malam.
Sekali lagi dek kerana kalut anak2 kecik pe semua, husband nyza kata takpa dia gi sorang. Sebelum dia gi nyza ada brief sikit ttg product DAG ni kat dia, yang penting2 untuk dia tahu kalau customer tanya.
Sampai rumah customer dah tunjuk sample semua, ada yg husband tak sure dia kol nyza, loud speaker lah supaya doc n husband dia bole dengar.
Dek kerana customer ni well educated both husband and wife, maka byk lah soalan teknikal yg keluar. Hihi.. kesian papa kena hadap sorang2.
Dlm 930mlm husbnd wasap total ape dia nak. Ok fine. Kita uruskan nanti.
Tapi yang pelik lps dari wasap tu husband senyap sampai kul 12am lebih.
Dah sudah, naik risau pulak kite kat rumah ni.. tau dia nk jumpe teammate dia n kalau tak hujan nak buka bonet. Tp hujan..
Tapi ni senyap je.. dah kenapa..
Dekat kul 1am dia kol suh buka pintu.
Balik balik terus nyza tanya knp lama sgt n senyap je...
.
.
.
Rupa rupanya lps 930 tu battery dia kong dan tak balik lagi dr rumah customer.
Kena sekolah.. hihi. 👍👍
Si suami kpd doc ni businessman.
Dia cakap itu ini begitu begini kat papa.. u patut kena mcm ni, tak boleh mcm tu. Ye lah, papa tak terer sgt pasal produk lain yg DAG ada. Kesian papa. Last sekali suami doc ckp esok dtg lagi bawa wife u, i nak interview dia pulak, 🤣🤣 dan bawa sample bantal microfiber dan yg lain pula katanye.
.
.
Keesokkan hari, Rabu malam, nyza pun ikut lah gi umah diorang. First impression masuk kawasan org have2, seronoknya kalau kite gini.. hihi.
|
Baru sampai tunggu doc n husband dia dari rumah baru tingkat atas |
|
Darwin malu malu with doc nya daughter |
Nyza pun tunjukkan lah semua bantal yg ada. Dan cerita balik pasal bedding set hotel kita. Byk juga dia soal..Alhamdulillah dia puas hati. Pengajarannye di sini, kita as seller mesti kena master product kita, jangan ter aaa aaa dpn customer.
|
Brochure ni bagus |
Bab duck down pillow tu paling puas hati sebab dari 4biji dia up nak 10biji lepas nyza bgtau harga kita setanding competitor luar. So doc ok with the price. Alhamdulillah.
Jadinya, dapatlah kami close deal 15 bedding set hotel saiz king queen single, 10biji duck down pillow, 8biji hclass pro dan set comforter korea tu.
Total RM9xxx. Doc bayar by chq malam tadi juga.
|
Yeahh we did it! |
Satu pengajaran lagi, suami doc bgtau, u tak bole tunggu balik rumah baru nak bg quotation., u bagi harga terus, nanti customer berubah fikiran how? Kalau berubah nak tambah takpe, kalau cancel??
Ingat sgt kata kata dia tu.
Fuhh lega dan bersyukur sangat2 dapat experienced gini. Btw husband doc ni some body juga sebenarnya, tak yah reveal lah siapa..😊
Nanti kalau ada lagi clent gini, kita dah tau apa nak buat.
Itu je cerita nya..
Sorry terpanjang lebar pula.
Yang berpuas hati,
Nyza
Master Leader DAG
0126723170