Wednesday, March 27, 2019
BUAT APA JE CUTI SEKOLAH TU?
Hai korang,
Selamat malam..
Cuti sekolah berbaki tak sampai 5 hari lagi.
Tengok dalam facebook kawan2 rata2 pergi bercuti, ada luar negara ada dalam negara. Alhamdulillah rezki diorang.
Anak anak kami cuti sekolah dihabiskan di kampung je.
Plan asal stay sampai hari Ahad lepas je.
Tapi terpaksa tukar plan.
Ayah nyza warded ahad tu,
Awalnya gi klinik je, doc suruh gi hospital masuk ward.
Ayah mmg ada kencing manis, jd bile jari kaki luka lambat baik malah jadi lebih teruk. Ayah ni pulak jenis susah nak gi klinik, rasa takde ape2 je. Bila dah teruk anak3 paksa baru la nak klinik.
Tapi Alhamdulillah doctor kata luka tu still bole sembuh walaupun lambat sikit. Tadi gi lawat ayah pun nampak ayah semakin sihat.
Insyaallah sampai hari jumaat akan bawa mak lawat ayah, lepastu nyza balik kl anak2 keje sekolah tak buat lagi.
Haiyoo..
Ni si Darwin pula batuk batuk balik. Risau dia jd mcm aritu je ni. Husband nyza da balik kl tadi. Tinggal kami anak beranak je ni jaga n temankan mak nyza.
Baru je muntah si Darwin, memalam buta ni terpaksa tukar cadar. Huhu..
Semoga semuanya baik baik saja.
Dugaan takde duit kita bole gi carik duit, tapi kalau nikmat kesihatan ditarik atau diuji dengan orang tersayang yang sakit, mmg runsing jadinya.
K lah,
Enjoy your school holidays guys.
Yang redha,
Nyza
Master Leader DAG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SUKA MENULIS DARI BERCAKAP Ya, untuk yang belum mengenali nyza, nyza mmg tak berapa banyak cakap, cakap pun bila perlu ja. Tapi kalau menai...
Moga ayah Nyza cepat sembuh
ReplyDeleteAamin tq aunty
Delete